STORYPOS – Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak
perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti , Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka
berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun
bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke
Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.
Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jgn
lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang.
Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat
dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada
anak2nya.
Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang
bertulis ‘Standard Chartered’. Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard
Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis
“Besar, teguh dan peramah”.. Bahagialah Si Siti rupanya..
Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’.
Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis
“Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir” Bahagialah Si Seri rupanya…
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni
bertulis ‘KFC’ Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang
bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’… Bahagialah Si Murni rupanya…
Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan
Pak Mat dah risau. Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai
surat dari Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA”.
Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak
sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak
Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu…??
“7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!”
